Bakar produk puluhan juta dolar lindung jenama

Burberry memusnahkan produkproduk fesyen dan kosmetik yang tidak terjual bernilaibernilai AS$37 juta (RM150.73 juta), menurut laporan tahunannya. – Foto REUTERS

LONDON: Jenama fesyen mewah Britain, Burberry memusnahkan produk fesyen dan kosmetik bernilai puluhan juta dolar sejak setahun lalu untuk melindungi jenamanya.

Syarikat itu membakar pakaian tidak terjual, aksesori dan minyak wangi bernilai AS$37 juta (RM150.73 juta), menurut laporan tahunannya dalam amalan yang kini sering dilakukan sebagai perlindungan terhadap cetak rompak.

Peruncit menyifatkan kaedah itu sebagai langkah melindungi harta intelek dan menghalang produk daripada dicuri atau dijual pada harga diskaun.

“Burberry mempunyai proses berhati-hati dalam mengurangkan lebihan simpanan barangan kami. Apabila pemusnahan produk diperlukan, kami melakukannya secara bertanggungjawab,” menurut kenyataan syarikat itu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.