EU tawar bantu rangka Undang-undang baru keselamatan

KUALA LUMPUR 20 Sept. — Kesatuan Eropah (EU) menyambut baik pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan semakan semula undang-undang pencegahan lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Vincent Piket berkata, keputusan Najib itu membuktikan kesungguhan beliau untuk melaksanakan transformasi politik di Malaysia.

Di samping proses pembaharuan pilihan raya, pembaharuan yang beliau umumkan itu akan memperkukuhkan institusi demokrasi di Malaysia, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kami amat berharap dapat mempelajari lebih banyak tentang undang-undang baru itu. EU akan bersikap terbuka untuk berkongsi pengalamannya tentang undang-undang keselamatan dengan Malaysia,” kata Piket. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.