Jeneral Kanan Gaddafi ditahan

BENGHAZI: Seorang jeneral kanan yang setia dengan rejim Muammar Gaddafi dilaporkan diberkas di selatan negara itu, menurut pegawai rejim pemerintahan baru Libya, awal hari ini.

“Jeneral Belgacem Al-Abaaj, ketua perisikan Gaddafi ditangkap di Wilayah Al Khofra hari ini, kira-kira 100 kilometer di selatan bandar Sebha,” kata jurucakap Briged Serangan Padang Pasir, Mohamed Wardugu.

Al-Abaaj yang menjadi buruan pasukan keselamatan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), dikatakan ditahan ketika dalam perjalanan menggunakan lima kenderaan pacuan empat roda bersama ahli keluarganya.

Wardugu berkata, pasukan keselamatan NTC kini sudah memasuki Sabha dan mengambil alih lapangan terbang di bandar itu tetapi masih menghadapi tentangan daripada kumpulan tentera Gaddafi. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.