Kurangkan Kadar Cukai Pendapatan Individu Dalam Bajet 2012, Kata MD Mah Sing

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Pengurangan kadar cukai pendapatan individu atau menaikkan pelepasan cukai pendapatan individu bagi meningkatkan pendapatan boleh guna, merupakan sebahagian daripada senarai harapan Bajet 2012 Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd Tan Seri Leong Hoy Kum.

Langkah ini akan disambut baik, bukan sahaja oleh golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, malah rakyat Malaysia secara menyeluruh, katanya.

Beliau juga berharap melihat lebih banyak tumpuan diberikan terhadap sektor hartanah, sama ada insentif kewangan, potongan cukai atau projekinfrastruktur.

Beliau juga menjangkakan lebih banyak pengumuman mengenai penswastaan tanah kerajaan.

“Kami berharap pengecualian duti setem kerajaan sebanyak 50 peratus untuk pembeli kediaman kali pertama kurang daripada RM350,000, akan dilanjutkan,” katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Leong yakin kerajaan akan mengimbangi pendekatannya dalam menangani peningkatan harga barangan dan merangsang sektor hartanah, enjin pertumbuhan yang penting untuk negara.

“Adalah lebih baik jika pelepasan cukai diperluas kepada semua faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan akhir bagi kediaman pertama dan menyediakan geran untuk pemilik kediaman kali pertama,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.