Menteri Buruh mahu letak jawatan jika Air Canada lancar mogok

OTTAWA: Menteri Buruh Kanada, Lisa Raitt menegaskan beliau akan meletakkan jawatan sekiranya kemelut yang dialami syarikat penerbangan Air Canada gagal diselesaikan berikutan ancaman pekerja untuk mengadakan mogok.

“Kes seperti ini langkah paling baik hanyalah satu iaitu kita saling berbincang.

“Justeru saya dan pegawai syarikat saling berhubung. Kami menerima notis mogok dan kami peka tindakan mereka ini akan merosakkan lagi syarikat dan proses pemilihan ekonomi Kanada,” kata Raitt di Parlimen.

Mogok yang dirancang membabitkan 6,800 pekerja penerbangan Air Canada dijadual bermula tengah malam ini, kata kesatuan sekerja yang mewakili mereka,
CUPE hari ini.

Pekerja penerbangan berkenaan bekerja tanpa kontrak sejak 31 Mac apabila pekerja mahu syarikat menaikkan kadar upah dan mengekalkan skim persaraan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.