Pegawai RusAir mabuk ketika pesawat nahas

MOSCOW: Pegawai navigator sebuah pesawat Russia yang terhempas di atas lebuh raya di rantau barat laut Karelia Jun lalu dan mengorbankan 47 orang, didapati mabuk, kata satu laporan rasmi semalam.

Jawatankuasa Penerbangan Dalam Negeri dalam satu laporan dihantar ke laman webnya berkata pegawai itu “berada dalam keadaan mabuk” dengan kepekatan alkohol dalam darah 0.81, ketika krew cuba mendaratkan pesawat dalam cuaca buruk, kata .

Pesawat RusAir Tu-134 cuba untuk mendarat di destinasinya di Petrozavodsk di Karelia berhampiran Finland dalam cuaca buruk hampir tengah malam pada 20 Jun lalu, namun gagal mendarat di landasan, sebaliknya tergelincir ke lebuh raya dan terbakar.

Laporan berkata, pegawai navigator berpengalaman berusia 50 tahun itu, ‘terlalu aktif’ dengan perakam data menunjukkan dia memberitahu ketua juruterbang beberapa kali untuk mempercepatkan pendaratan.

Pada suatu ketika, dia memberitahu juruterbang: “Sasha, cepat pusing, cepatlah!”.

Tubuh pegawai itu didapati mengandungi 0.81 gram alkohol per liter darah yang menyebabkan mabuk tahap ringan, kemungkinan menjadikan seseorang kurang kritikal, kata laporan.

Sumber-Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.