PM ke Lombok hadiri perundingan Malaysia-Indonesia

SEPANG 20 Okt. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Lombok hari ini untuk menghadiri Perundingan Tahunan Ke-8 Pemimpin Malaysia-Indonesia.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi.

Perundingan di Lombok itu akan dihoskan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

Perundingan tahunan itu dianjurkan secara bergilir di antara kedua-dua negara. Malaysia menjadi tuan rumah Perundingan Tahunan Pemimpin Ke-7 di Putrajaya pada 18 Mei tahun lepas. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.