Gopal Sri Ram: Pendakwaraya Khas atau Persuruh Khas Mahathir?

1. Peguam Negara Thommy Thomas telah melantik bekas Hakim Gopal Sri Ram sebagai pendakwaraya khas kes berkaitan 1MDB.

2. Apa yang terjadi sehingga hari ini ialah Gopal Sri Ram hanya mendakwa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan kes penggubahan wang haram dan menerima suapan.

3. Kemunculan beliau mendakwa DS Ahmad Zahid semalam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar. Bukankah ini di luar skop pelantikan beliau sebagai pendakwaraya khas?

4. Jadi siapakah Gopal Sri Ram sebenarnya pendakwaraya khas atau pesuruh khas Mahathir?

5. Ramai yang tidak tahu bahawa Tun Dr. Mahathir adalah orang yang menasihatkan Yang di-pertuan Agong melantik Dato’ Seri Gopal Sri Ram sebagai menjadi Hakim Mahkamah Rayuan secara ekspres – tanpa menjadi Hakim Mahkamah Tinggi seperti amalan biasa.

6. Menurut bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid Omar pelantikan ini melangkaui ramai pegawai-pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang lebih lama perkhidmat. Selalunya seseorang hanya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan setelah sepuluh tahun dalam perkhidmatan kehakiman.

7. Apakah keistimewaan beliau? Menurut Tun Hamid, Gopal adalah peguam Dr. Mahathir dalam kes berkaitan pemilihannya sebagai Presiden UMNO di mana beliau mengalahkan Tengku Razaliegh Hamzah dengan hanya 43 undi.

8. Sesungguhnya pejabat Peguam Negara telah tercemar dengan “personal vendetta” Mahathir ke atas pemimpin UMNO.

-FB Ab Jalil Backer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.