China sambung semula projek nuklear pada 2012

BEIJING: China akan meluluskan projek loji jana kuasa nuklear yang baru tahun depan selepas menggantung program itu, susulan insiden loji jana kuasa atomik Fukushima, Jepun.

China mengarahkan pemeriksaan keselamatan dilakukan terhadap loji jana kuasa negara itu dan menggantung meluluskan pelaksanaan projek baru.

 Jurnal perniagaan negara itu, China Securities, berkata kerja pemeriksaan yang dilakukan selesai pada penghujung Ogos lalu dan keputusannya dijangka diumumkan kepada pihak awam. – AFP
Sumber-Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.