Harimau Muda dicalar Samurai Biru

Malaysia memulakan Kempen Kelayakan Olimpik London 2012 dengan langkah kiriapabila kecundang ditangan Negara matahari terbit 0-2 di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun.

Malaysia yang dibarisi 2 pemain yang berkelana di Fc Vion Slovakia masih belum dapat membantu Jepun yang cemerlang di pelbagai sudut walaupun hanya bersedia dalam masa 6 Hari

Pemain tengah Jepun, Keigo Higashi membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-11 sebelum Ryohei Yamazaki menggandakan kedudukan itu pada minit ke-77.Malaysia mendapat 1 peluang terbaik pada masa kedua tetapi gagal disempurnakan oleh pemain sayap Negara Affandi Othman

Berbaki 5 lagi perlawanan,anak Ong Kim Swee perlu bekerja keras lagi jika mahu
melayakan diri ke Olimpik London 2012 dimana kali terakhir kita layak ketika Olimpik Moscow 1980.

Berikut jadual perlawanan Malaysia dalam Kelayakan pusingan ke-3 ini

21/09/2011 -> Japan(H) 2-0 MALAYSIA
23/11/2011 -> MALAYSIA(H) vs Syria
27/11/2011 -> MALAYSIA(H) vs Bahrain
05/02/2012 -> Bahrain(H) vs MALAYSIA
22/02/2012 -> MALAYSIA(H) vs Japan
14/03/2012 -> Syria(H) vs MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.