Lawatan kerja sehari PM ke Perak Sabtu ini

IPOH 21 Sept. — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Perak pada Sabtu ini.

Jabatan Penerangan Perak dalam satu kenyataan hari ini berkata, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini pada 9 pagi.

Sebaik tiba, beliau dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ke Taman Soon Choon untuk bersarapan dengan penduduk di situ.

Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke ibu negara pada 7 petang. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.