OnePlus 6

OnePlus 6 mempunyai ciri skrin 6.28 inci, dwikamera beresolusi 16 megapiksel dan 20 megapiksel pada apertur f1.7 manakala kamera depan pula 16 megapiksel.

Melihat kepada spesifikasinya, mungkin penguji harus berpuas hati dengan keupayaan yang ditambah pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 serta RAM 8GB.

Ia mempunyai bateri berkapasiti 3300mAh di samping sistem operasi OxygenOS yang berasaskan Android 8.1.

Penguji akui, OnePlus 6 mempunyai keupayaan prestasi yang memberangsangkan dan kelajuan operasi boleh membuatkan kita leka dengan strim video atau bermain game kasual seperti PUBG Mobile atau Mobile Legends.

Sudah pasti dengan pemprosesan yang tinggi untuk telefon ‘flagship’ dan RAM 8GB terbabit banyak membantu operasi telefon ini.

Pindah turunlah segala game dalam Android Play itu, semuanya mampu dimainkan dengan lancar.

Ternyata memuaskan jika dilihat daripada aspek harganya yang berbaloi atau tidak keterlaluan jika dikatakan ia mampu milik bagi sebuah flagship.

Antara yang menarik perhatian penguji, fungsi ‘gesture bar’ yang sekurang-kurangnya dapat juga memberikan pengalaman menggunakan iPhone X pada Android dengan harga yang murah.

Ia bukan mengenai keupayaan seperti iPhone saja tapi OnePlus 6 memudahkan penguji yang tidak meminati ‘navigation bar’ secara peribadi kerana ia mengganggu pandangan pada paparan skrin.

Jika anda pengguna yang ‘hardcore’, anda akan mendapati pembesar suara masih memerlukan pembaharuan dan perlu direka lebih mantap.

Hal itu disebabkan OnePlus 6 menjadi fon yang sungguh baik untuk bermain game pada tetapan maksimum jadi audionya pun perlu bagus.

Ada sedikit perbezaan kerana penguji mendapati ia lebih panas berbanding 5T.

Manakala dari aspek kamera, anda tidak perlu mengharapkan sesuatu yang luar biasa kerana boleh dikatakan ia biasa saja.

Tapi untuk memperoleh tontonan strim pada skrin yang luas, OnePlus 6 memang mempunyai ciri maksimum yang hebat.

Manakala jika anda kerap menukar aplikasi ke aplikasi lain, ia akan beroperasi dengan lancar tanpa masalah ‘lag’.

Sungguhpun mempunyai keupayaan skrin terbaik untuk tontonan dan game, ia masih mempunyai jangka hayat bateri memuaskan.

Penguji juga berpuas hati dengan Dash Charge yang mampu mengecas daripada kosong ke 60 peratus dalam tempoh 35 minit saja.

Selain itu, buka kunci dengan wajah dan pengimbas cap jari pun bertindak cekap dan responsive tapi ada sedikit trik untuk waktu gelap yang mana anda perlu aktifkan ‘Face Unlock Assistive Lighting’ kalau berada dalam suasana sangat gelap.

ONEPLUS 6

• PENGELUAR: OnePlus

• CIRI: Telefon flagship

• PRO: terbaik untuk game

• KONTRA: panas berbanding 5T

 

HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.