Dua pemain negara uji Nike T90 Laser IV

PETALING JAYA – Dua penyerang skuad negara, bakal diberi peluang keemasan untuk menggunakan but baru bola sepak Nike T90 Laser IV yang dicipta berdasarkan maklum balas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney.

Tanpa mendedahkan nama pemain tersebut, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Joan Yeoh berkata, mereka akan diberi masa untuk menyesuaikan diri dan mencari keserasian prestasi dengan but yang 20 peratus lebih ringan daripada edisi terdahulu Nike T90 Laser III.

Antara nama besar bola sepak tempatan yang bakal menjadi sasaran Nike ialah pemain Pelita Jaya Indonesia yang turut sempat berlatih di Cardiff City, Safee Sali serta gandingannya dalam skuad Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha.

“Sebaik sahaja mereka bersetuju memakainya dan menemui keserasiannya, kami akan dedahkan identiti mereka,” katanya pada majlis pengenalan but yang dicipta khusus bagi penyerang dan telah diuji di padang sejak 17 September serta dijual dengan harga RM729.

Hampir 50 wakil media massa diberi peluang menguji pakai but berkenaan yang setakat ini cuma didatangkan dalam satu warna, hitam-putih dan oren selain mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Cabaran Rembatan Wayne Rooney’, semalam.
Sumber-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.