Kelemahan sistem ‘Electoral College’ dikaji

PUTRAJAYA : Jawatankuasa Pengurusan UMNO dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan lakukan bedah siasat bagi mengenal pasti kelemahan sistem pemilihan ‘Electoral College’ yang kali pertama diperkenalkan parti itu.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, proses berkenaan akan bermula sebaik saja jawatankuasanya memperoleh semua input, termasuk aspek penambahbaikan, kaedah berkempen dan etika pemilihan yang dibangkitkan sepanjang pemilihan berlangsung.

“Kita ada masa, saya tidak fikir kita hendak tergesa-gesa untuk mengadakan perhimpunan agung khas (pindaan perlembagaan parti), itu akan kita tunggu, biar kita selesaikan tugas pertama dengan menjalankan amanah,” katanya di sini semalam.

Di Kuala Lumpur, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, berkata jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji dan meneliti permasalahan yang timbul di sepanjang pemilihan parti itu.

Jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh, bertujuan menambah baik perjalanan proses pemilihan parti.

“Majlis Tertinggi UMNO memutuskan menubuhkan jawatankuasa khas bagi melihat semua permasalahan timbul,” kata Tajol Rosli pada sidang media pengumuman keputusan pemilihan jawatan tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. – Bharian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.