Agensi keselamatan Thailand sasar ‘orang kulit gelap’

Anggota polis Thailand menyoal siasat seorang warga asing di daerah Nana Bangkok semasa operasi polis yang dipanggil “X-Ray Outlaw Foreigner”. – Foto AFP

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand kini memperhebat usaha menahan warga asing yang tinggal melebihi waktu ditetapkan serta pendatang tanpa izin melalui operasi polis diberi nama ‘X-Ray Outlaw Foreigner’.

Pada masa sama, mereka menolak tanggapan bahawa operasi itu menggunakan pendekatan berasaskan perkauman kerana mensasarkan ‘orang berkulit gelap’, menyebabkan pihak tertentu bimbang golongan mencari perlindungan atau suaka akan turut ditahan.

Operasi itu telah dilancarkan setahun lalu dan selepas dipertingkatkan baru-baru ini, ia telah menahan lebih 1,000 orang, kebanyakannya kerana berada di Thailand melebihi tempoh ditetapkan mengikut visa.

“Tugas kami ialah menetapkan siapa orang berkulit gelap yang baik dan siapa yang mungkin melakukan jenayah,” kata Ketua Biro Imigresen, Surachate Hakparn.

Tegasnya, operasi itu bertujuan mengenal pasti mereka yang berada di Thailand melebihi tempoh dan menahan penjenayah khususnya penipu skim cinta dengan menggoda penduduk tempatan yang kesunyian sebelum menipu dan mengambil wang mangsa.

Dia juga menekankan bahawa golongan itu biasanya datang dari Nigeria atau Uganda.

Awal bulan ini, pada permulaan operasi waktu malam di daerah Nana, 75 anggota polis berdiri mendengar taklimat.

“Sasaran disyaki ialah orang berkulit gelap. Pertama, kita periksa badan mereka kemudian pasport,” kata seorang pegawai.

Tidak lama selepas itu, mereka menahan beberapa suspek termasuk tiga orang dari Mali yang diuji pengesan dadah.

Menjelang 11.55 malam (wakti tempatan), hampir 30 individu, separuh daripada mereka berkulit hitam, telah berkumpul.

Hanya seorang sahaja berkulit putih iaitu warga Perancis yang menghisap marijuana.

Dalam dua minggu pertama Oktober, polis menahan seorang warga Korea dikehendaki Interpol atas dakwaan terbabit dalam serangan seksual selain membongkar sekumpulan penipu skim skim membabitkan empat warga Nigeria dan 16 penduduk tempatan.

Mereka juga menahan seorang warga Laos yang tinggal di Thailand melebihi tempoh visanya lebih 11 tahun.

Surachate berkata,Thailand menjadi tempat tinggal lebih 6,000 orang yang sepatutnya telah pulang ke negara asal.

“Bagi benar-benar membersihkan semula keadaan, kami perlu juga menahan orang yang baik untuk menghantar pulang mereka yang tidak baik supaya kestabilan negara ini berterusan,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.