Kerajaan Lulus ‘Tinted’ Cermin Kenderaan

Putrajaya: Penggunaan filem penapis haba kenderaan kini tidak lagi dilihat sebagai aksesori tambahan, sebaliknya lebih kepada keperluan pemilik kenderaan untuk mengurangkan kepanasan ketika memandu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata, berikutan itu, kementerian melalui Jabatan Standard Malaysia sudah meluluskan sembilan Standard Malaysia (MS) baharu termasuk berkaitan filem penapis haba.

Katanya, ia bagi memberi panduan kepada pihak industri dan orang awam berkenaan spesifikasi yang menepati spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Menerusi standard ini, orang ramai akan lebih mudah memahami spesifikasi yang ditetapkan JPJ dan mengurangkan kekeliruan antara penjual filem berkenaan dengan pemilik kenderaan.

“Ia turut memberi panduan kepada individu yang membawa masuk kenderaan import ke dalam negara khususnya bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Madius berkata, MS itu menyokong Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000 di bawah JPJ untuk membantu mengawal selia dan mentadbir piawaian keselamatan kenderaan bermotor dengan cekap serta berintegriti.

Katanya, ia juga bagi memenuhi keperluan pengguna, alam sekitar serta industri automotif negara.

Sehingga kini terdapat sebanyak 5,211 MS yang merentasi pelbagai sektor industri yang dibangunkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Jabatan Standard Malaysia.-HM.

One thought on “Kerajaan Lulus ‘Tinted’ Cermin Kenderaan

  • 11/09/2017 at 2:29 pm
    Permalink

    Adakah cermin rumah anda jernih? Masih menjadi masalah utama untuk mendapatkan privacy & sejuk di dalam rumah?

    Ya, tempahan awal didahulukan. Tinted cermin rumah sememangnya menjadi keperluan pada masa kini.

    Azam kami untuk melihat anda berpuas hati dengan hasil kerja & produk kami.

    Tinted cermin yang kami pasangkan terbukti menyejukkan dalam rumah.

    Jika anda rasa tinted kami tidak bagus, kami ganti balik wang anda.

    Anda boleh lihat sendiri di dalam album “Window Glass Tint” kami, Alhamdullillah terbukti ramai pelanggan kami yang sangat berpuas hati selepas memasang tinted cermin rumah/bangunan.

    Kami sentiasa menerima pembelian secara online dan diposlajukan untuk pelanggan yang jauh dengan harga pemborong.

    Pemasangan Tinted Cermin Rumah & Bangunan
    Pengedar Tinted
    Kelas Pemasangan Sticker & Tinted
    018-262 7765

    Tqvm For Early Booked

    Specialist For Glass Protection Film House & Office Tint.

    36 person 1 team in Malaysia
    Contact us for FREE Quotation.

    Perak Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Kelantan Terengganu Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Pulau Pinang Kedah Perlis

    Since 2009 Tqvm For Support

    Tinted Film Specialist

    Tinted Cermin Rumah

    Tinted Cermin Pejabat

    Hafiz Glass Tint

    IP0464367-M

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.