Ki-moon desak dunia tolak konflik

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 21 Sept. – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini mendesak pemimpin dunia untuk mengambil tindakan dalam menyelamatkan bumi selain menghalang berlakunya konflik.

Beliau juga mendesak agar pemimpin dunia menyokong pembugaran amalan demokrasi di negara-negara di Utara Afrika dan Timur Tengah.

Berhubung kempen Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai negara di PBB, jelasnya, Palestin berhak untuk mendapatkan pengiktirafan itu. – Agensi

Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.