Nor Mohamed Yakcop nafi terlibat pembelian saham E&O

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pihak yang mengaitkannya dengan isu pembelian saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Berhad (Sime Darby) adalah berniat jahat.

Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu, malah, tidak pernah terlibat langsung dalam isu berkenaan.

“Saya tak ada kena mengena, saya bukan Menteri Kewangan, saya adalah menteri yang bertanggungjawab dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU), ini berlaku semasa saya bukan lagi dalam Kementerian Kewangan,” katanya selepas merasmikan Persidangan Bakat Antarabangsa anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini hari ini. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.