PM Umum Peruntukan RM50 Juta Bagi Sektor Ushawan Kecil Dinamik

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM50 juta di bawah program Usahawan Kecil Dinamik (UK Dinamik)  sebagai inisiatif bagi memperkasakan sektorusahawan desa.

Perdana Menteri berkata, menerusi peruntukan berkenaan, ia akan memberi manfaat kepada 10,000 usahawan kecil terutamanya di kawasan luar bandar.

Selain itu menurut Najib, selaras dengan strategi baru kerajaan melalui program Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS 4), kerajaan sedang dalam proses melancarkan program Pusat Transformasi Luar Bandar(RTC) Gopeng di Perak.

“Program ini berfungsi sebagai pusat pembekalan agromakanan dan agribisnes yang menghubungkan pengeluaran dengan pengguna seluruh Malaysia.

“Inisiatif ini dilakukan untuk memperhebatkan rangkaian pasaran produkdesa,” katanya ketika berucap pada Karnival Usahawan Desa 2011 di Laman 1Malaysia di sini.

Selain itu Perdana Menteri berkata, selaras dengan matlamat untuk memastikan usahawan desa terus berkembang, kelompok berkenaan perlu menggunakan pendekatan baru yang lebih proaktif terutama bagi memasarkan produk mereka ke peringkat yang lebih luas.

“Usahawan desa mesti lebih berinovatif dan kreatif supaya kita akan melihat lebih banyak penemuan baru yang mempunyai masa depan yang cerah.

“Saya juga berharap senario di mana seluruh kampung menjual kuih yang sama atau keropok tidak dilihat di mana-mana sahaja di negara ini.

“Kita perlu menyuntik inovasi dalam produk tempatan yang boleh mewujudkan permintaan baru,” katanya.

Sumber-Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.