Putar belit Pakatan Rakyat dalam isu I.S.A

Akhir-akhir ini Negara gempar dengan Pengunguman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) . Tujuan pemansuhan akta tersebut dinyatakan oleh  Perdana Menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan  hidup rakyat dan negara .

Namun kelihatan  Pemimpin parti pembangkang yang walaupun menerima baik cadangan itu tetapi secara sinis tidak percaya perkara itu akan dilaksanakan. Menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa dalam Harakah Daily berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya berlakon dengan rakyat mengenai tindakannnya memansuhkan ISA yang dikatakan untuk tujuan tranformasi politik di tanah air. Katanya, Perdana Menteri, para pemimpin Umno dan BN perlu sedar, penentangan Pakatan Rakyat dan orang ramai terhadap ISA bukanlah kerana akta itu, tetapi ketidakadilan prinsipnya. Secara rasionalnya, jika kita teliti pandangan beliau seolah-olah beliau memutarbelitkan kenyataan. Kita ketahui Gerakan untuk memansuhkan ISA sepenuhnya sebelum ini disokong sepenuhnya oleh pakatan rakyat .

Namun dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mujahid ini sebenarnya menjerat diri sendiri.  Pertama beliau menyatakan penentangan Pakatan Rakyat bukan terletak pada aktanya tetapi prinsipnya. Kedua-dua entiti ini iaitu akta dan prinsip adalah perkara yang sama berdiri dlm sesuatu akta, makna kata hari ini pakatan rakyat masih lagi mempunyai pandangan positif terhadap akta ISA? Bijak mereka putar belitkan kenyataan? Kalau dulu sebelum ini Pakatan Rakyat yang diketuai  oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu menghapuskan ISA sepenuhnya mengapa persoalan prinsip ketidakadilan yang dicanang saudara Mujahid dalam Harakah Daily dibangkitkan?

Jika kita teliti pula kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat, dalam artikel keluaran Harakah Daily bertajuk ISA: Najib mahu tunjukkan dia bos, beliau menyatakan bahawa PM membuat keputusan secara drastik tanpa berbincang dengan anggota kabinet beliau berkenaan tindakan memansuhkan ISA.  Saya kira ini satu kenyataan yang tidak betul kerana sebarang keputusan membabitkan kepentingan masyarakat tidak sewenang-wenangnya diambil tanpa memikirkan kesan jangka panjang kerana ia melibatkan kepentingan Negara .Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan akhbar baru-baru ini berkata keputusan memansuhkan ISA dan digantikan dengan dua undang-undang yang bersesuaian ini merupakan keputusan yang dicapai hasil kajian mendalam dan teliti yang dibuat dengan mengambil kira kepentingannya kepada Negara mahu pun rakyat.

Persoalan yang perlu dijawab oleh pemimpin pakatan rakyat berhubung kait dengan masalah ini ialah mengapa perlu dipertikaikan keputusan kerajaan dalam isu ini sedangkan sebelum ini anda semua begitu memfokuskan yang kononnya ISA ini menjadi liabiliti kepada masyarakat, menzalimi rakyat dan melanggar hak asasi manusia sekiranya diteruskan? Adakah dengan tindakan ini merupakan satu desakan bagi mengalih perhatian rakyat untuk bersetuju dengan kenyataan kosong anda semua?Penulis kira ini satu lagi taktik murahan pemimpin pakatan rakyat dengan memutarbelitkan keadaan. Mengapa setelah kerajaan membuat keputusan sebegini baru unsur ketidakadilan dalam akta itu sahaja yang perlu kita semua sebagai rakyat Malaysia tentang sekeras-kerasnya? Kenapa timbul keputusan PM untuk memansuhkan ISA dilihat sebagai keputusan untuk kepentingan politik? Bukankah ini kemahuan mereka untuk melihat ISA dimansuhkan sepenuhnya?

Rangkuman kepada permasalahan ini, sebagai masyarakat yang bijak membuat penilaian, jangan kotorkan pemikiran kita dengan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh segelintir pihak yang terdesak. Sebagai rakyat kita perlu untuk meyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan kerana siapalah kita untuk menentukan sesuatu dasar atau perkara itu baik ataupun sebaliknya. Kita sebagai rakyat perlu menyumbangkan sesuatu kepada Negara dengan menyokong tindakan yang memberi kebaikan  kepada kita. Akhir kalam jangan Tanya apa yang kerajaan boleh buat untuk kita tetapi Tanya diri kita apa sumbangan kita pula kepada kerajaan dalam konteks membina Negara Bangsa kita.

C-c

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.