Tinjau sendiri masalah rakyat

SHAH ALAM 21 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan wakil rakyat bahawa peranan mereka bukan sekadar berdebat dan memegang jawatan eksekutif di peringkat negeri serta Persekutuan, sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berada bersama rakyat.

Perdana Menteri berkata, wakil rakyat perlu meninjau sendiri masalah yang dialami oleh rakyat di kawasan mereka.

Justeru, beliau berkata, program Perhimpunan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BNBBC) dari seluruh negara di Selangor mulai hari ini hingga Jumaat dapat memperkasakan peranan para wakil rakyat agar mereka disenangi oleh rakyat.

“Untuk itu, wakil rakyat perlu mempunyai empat ciri iaitu rajin bertemu rakyat, mudah untuk dihubungi, mampu menyelesaikan masalah rakyat dan tidak memungkiri janji,” ujarnya yang dipetik dari kata-kata aluannya dalam buku aturcara program itu.

Perdana Menteri mahu semua wakil rakyat agar terus mengukuhkan silaturahim dan memberi khidmat bakti yang terbaik untuk rakyat dalam menjayakan agenda negara.

Najib dijadual merasmikan program perhimpunan yang dianjurkan oleh Kelab BNBBC Malaysia itu di pekarangan pasar raya Tesco Kuala Selangor dekat sini, malam esok(malam ini).

Sumber Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.