Pesawat terhempas atas kereta, pemilik tak percaya dirinya sikit pun tak bercalar

SEBUAH pesawat ringan berdepan beberapa gangguan mekanikal dan akibatnya, ia terhempas dan merempuh beberapa kenderaan ketika cuba membuat pendaratan kecemasan.

Salah sebuah kereta yang terlibat adalah Tesla dan lelaki di dalam kereta tersebut bersyukur kerana mereka terselamat, malah berjaya keluar dari kereta tanpa sedikit pun kesan calar.

Pesawat kecil terbabit adalah milik Agensi Penguatkuasaan Dadah (DEA) terhempas di Texas, AS, pada Rabu, mencederakan salah seorang daripada tiga ejen khas di atas pesawat.

Pesawat itu menghadapi beberapa masalah mekanikal dan akhirnya merempuh beberapa kenderaan ketika ia cuba membuat pendaratan kecemasan di Jalan Voss berhampiran Highway 6, kawasan Sugar Land.

Lelaki yang berasal dari India, Oniel Kurup, mengucapkan terima kasih kepada Telsa!

Berkongsi gambar pesawat yang terhempas dan keretanya yang rosak di Facebook, dia menulis: “Tuhan dan kereta ini benar-benar menyelamatkan kami hari ini” sambil menambah ketika kejadian dia bersama anaknya, Aarav.

“Kami tak ada kesan calar pun. Tiada siapa percayakan saya bila saya beritahu mereka bahawa pesawat terhempas atas kereta saya. Tesla, mereka fikir ia adalah panggilan ‘prank’,” kata Kurup dalam postingnya sambil menyatakan isterinya juga ketawa pada mulanya.

Tidak lama kemudian postingnya menjadi tular dan menarik perhatian CEO Tesla Elon Musk.

Menjawab mengenai keadaan kereta itu yang baik-baik saja dia menulis: “Wow” sambil menambah dia gembira mereka selamat!

Menurut laporan Business Insider, kumpulan itu sedang menjalankan latihan penerbangan.

“Pesawat mempunyai beberapa masalah mekanikal dan mereka perlu melakukan pendaratan kecemasan,” kata ejen khas Bahagian DEA Houston, Wendell Campbell.

Ejen yang cedera dibawa ke hospital dan kemudian dibenarkan keluar, laporan itu menambah. -IndianExpress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.