Diskaun 50% untuk warga emas guna LRT dan monorel

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Bermula 1 Januari depan, warga emas di Lembah Klang akan menikmati diskaun 50 peratus apabila menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel.

Pengurus Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad, Azhar Ghazali berkata, pelaksanaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012, yang bertujuan menggalakkan warga emas menggunakan perkhidmatan awam.

“Kehidupan di ibu kota memerlukan kos yang tinggi, dan bagi yang sudah bersara seperti warga emas kos kehidupan seharian mereka pasti lebih tinggi.

“Dengan bantuan dari kerajaan seperti ini, diharap sedikit sebanyak meringankan beban mereka,” katanya di sini hari ini. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.