Elaun anggota bomba sukarela sedang dikaji – Chee Heung

ALOR SETAR 22 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang membuat kajian bagi mencari mekanisme yang membolehkan anggota pasukan bomba sukarela dibayar elaun sebagaimana yang dinikmati badan-badan sukarela lain.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata kajian itu mengambil contoh elaun-elaun yang dibayar kepada badan sukarela lain contohnya Rela untuk perbandingan bagi menentukan kadar elaun yang munasabah.

“Kerajaan mengambil pendekatan ini (bayar elaun) kerana mahu lebih ramai orang menyertai bomba sukarela terutama di bandar-bandar besar berikutan sikap mereka terhadap organisasi sukarela kurang memberangsangkan.

“Dalam soal ini semangat penduduk di bandar-bandar kecil lebih tinggi. Peranan mereka membantu Jabatan Bomba menghadapi kecemasan terutama memadam kebakaran amat berkesan,” kata Chee Heung kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sebuah jentera bomba kepada bomba sukarela Jalan Kilang Tebu di sini, hari ini.

Jentera berkenaan disumbangkan Kelab Rotary Alor Setar. Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Chee Heung mahu rakyat berfikiran lebih terbuka terhadap bomba sukarela di samping memahami bidang tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat yang tidak terhad kepada memadam kebakaran kerana kepakaran anggota jabatan itu lebih luas. – Bernama

3 thoughts on “Elaun anggota bomba sukarela sedang dikaji – Chee Heung

  • 22/10/2011 at 10:30 pm
    Permalink

    kalau semua pertubuhan sukarela nak alaun mcmana pula dengan NGO dan pemegang jawatan dalam pertubuhan belia ? kami nak jugak elaun…

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:35 pm
    Permalink

    dgn adanya elaun maka mutu dan kualiti kerja mereka makin meningkat..syabas

    Reply
  • 06/03/2014 at 9:22 am
    Permalink

    polis sukarela di bayar elaun,askar watani di bayar elaun,rela,dan jpam,semua di bayar elaun.kenapa bomba tak boleh di bayar.jika bomba tak boleh bayar.semua sukarela pun jangan di bayar baru adil.bomba sukarela semua nya di tanggung sendiri ,hanya berapa peratus saja kerajaan beri.tap sukarela lain semuanya di beri termasuk jentera.bomnba sukarela pun sama macam bomba yang ada kena tempuh api ,kemalanagan dan lain lian lagi teruk dari sukrela lain.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.