PTPTN saman 104,083 peminjam tegar ingkar bayar balik

SUNGAI PETANI 21 0kt. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memfailkan saman di mahkamah terhadap 104,083 peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman bagi tempoh 2007 sehingga 30 September lepas.

Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 69,573 saman telah mendapat perintah penghakiman bersih daripada mahkamah.

“PTPTN terpaksa mengenakan tindakan penguatkuasaan saman yang dihantar ini kepada peminjam-peminjam tersebut memandangkan mereka tergolong dalam kategori tegar yang ingkar bayar balik pinjaman,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata, PTPTN hanya menerima balik bayaran pinjaman sebanyak RM2.7 bilion daripada 725,000 peminjam bagi tempoh 1997 sehingga bulan lepas, berbanding jumlah yang patut diterima sebanyak RM5.6 bilion.

“Ini menunjukkan peminjam yang bayar balik pinjaman adalah sebanyak 77 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan sebanyak 937,000 peminjam yang patut bayar,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.