Rakyat Selangor makin sedar kelemahan kerajaan negeri

DENGKIL 22 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau sudah melihat “gelombang biru” di Selangor yang menunjukkan keinginan semula rakyat kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Gelombang itu sudah nampak berlaku di seluruh Selangor. Ada kesedaran baru kerana mereka tahu mereka sudah bagi peluang kepada pakatan selama tiga tahun, (tapi) banyak masalah berlaku,” katanya, merujuk kepada kerajaan gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Selangor.

Berucap pada majlis Sarapan Pagi 1Malaysia Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata, ramai rakyat Selangor merungut tentang ketidakpekaan pimpinan kerajaan negeri dalam memahami naluri dan keinginan serta kebajikan mereka.

“Ramai rakyat Selangor termasuk peniaga berjumpa saya dan tanya bila pilihan raya… Mereka kata mereka tidak tahan lagi dengan (kerajaan) pakatan; susah mahu berniaga, susah mahu hidup. ‘Bila pilihan raya saya mahu pangkah BN’. Itu kenyataan yang mereka buat,” katanya.

Muhyiddin yang turun padang mendekati rakyat merentasi beberapa daerah di Selangor hari ini, berkata, berbekalkan pengalaman lebih 50 tahun, BN diyakini mampu membawa Malaysia ke tahap pencapaian lebih tinggi selaras dengan aspirasi

rakyat. – Bernama

3 thoughts on “Rakyat Selangor makin sedar kelemahan kerajaan negeri

  • 22/10/2011 at 10:23 pm
    Permalink

    rakyat selangor akan menghadapi krisis bekalan air pada 2014. sehingga kini Menteri Besar masih belum memberikan kerjasama. harap rakyat Selangor akan menukar kerajaan sekarang pada PRU akan datang,

    Reply
  • 22/10/2011 at 10:27 pm
    Permalink

    Yakini BN Selangor mampu berubah….

    Reply
  • 23/10/2011 at 12:02 am
    Permalink

    Berikan s0kongan anda pada UMNO dan BN serta cubalah untuk merasai akan perubahannya… ternyata anda akan menyakininya… salam 1MALAYSIA.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.