Suspek pembuat bom ditahan di Indonesia

JAKARTA 22 Okt. – Pihak polis hari ini menahan seorang pembuat bom yang disyaki terlibat dalam dua serangan berani mati termasuk pengeboman di sebuah gereja penuh dengan jemaah, kata pihak berkuasa.

Jurucakap polis Anton Bachrul Alam berkata, suspek dikenali sebagai Nanang Irawan, ditahan di pekan Madiun di Jawa Timur di atas kedua-dua serangan.

“Dia kini disiasat oleh bahagian anti keganasan,” katanya.

Berpuluh-puluh orang cedera dalam pengeboman di gereja yang terletak di Solo pada bulan lalu dan serangan yang serupa di sebuah masjid di Cirebon April lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.