PRK Sungai Limau: ‘Professor Kampung’ Mampu Mencabar

KEPUTUSAN Barisan Nasional (BN) untuk mencalonkan bekas pensyarah kanan UPSI, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai calon dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, adalah satu keputusan yang tepat.

Sebab penulis berkata demikian, melihat kepada senarai pendek 3 calon PAS sekarang ini, tak satu pun yang hampir atau setaraf dengan kelayakan yang dimiliki Dr. Ahmad.

Memang penulis akui kelayakan semata-mata bukan penanda bahawa beliau ada seorang pemimpin yang baik, tapi dalam zaman dimana peliwat, bekas banduan, bakal banduan, bersepah menjadi wakil rakyat dalam parlimen dan DUN, pilihan BN kali ini adalah tepat dan sesuai dengan masanya.

Yang penting sekali bukan sangat kelayakan akademik tu, tapi untuk rakyat melihat pencalonan Dr. Ahmad ini sebagai satu bentuk tawaran dari BN kepada pengundi Sungai Limau, seorang bakal wakil rakyat yang tahu apa yang beliau cakap dan buat  (berdasarkan latar belakang pendidikannya).

Pada taraf pendidikan seperti ini, penulis tidak rasa Dr. Ahmad akan buat benda-benda bodoh yang hanya akan menjatuhkan tarafnya sebagai seorang terpelajar.

Apa yang lebih baik dari itu untuk pengundi Sungai Limau.

Lagipun pengundi Sungai Limau perlu mengenang kembali layanan buruk yang diterima Allahyarham Tan Sri Azizan Razak sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah untuk penggal yang lepas.  Kita semua tahu bagaimana arwah diperlakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang tidak senang dengan corak pentadbirannya yang terbuka kepada semua, tanpa ada batasan politik.

Termasuk dalam soal pemberian kontrak kerajaan negeri.

Arwah dihina lagi selepas kematiannya bila konsep keterbukaan pentadbirannya itu, dijadikan contoh oleh pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar bila bercakap tentang tindakan ‘balas dendam’ yang didakwa beliau dilakukan oleh pentadbiran baru Kedah dibawah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir.

Walhal masa arwah hidup, keterbukaan itulah yang dipersalahkan sehingga Kedah kembali semula ke tangan BN,  Keji, memang keji.

Jadi penulis tidak nampak bila lagi masa yang sesuai melainkan sekarang untuk pengundi Sungai Limau menunjukkan protes kepada PAS tentang cara mereka melayan arwah dahulu, melainkan peluang dalam pilihanraya kecil yang akan datang.

PAS perlu diajar bahawa dosa mereka terhadap arwah Azizan akan mendapat pembalasan yang sewajarnya, dan hanya pengundi Sungai Limau sahaja yang boleh melakukan perkara tersebut dengan menolak calon PAS pada 4 November nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.