JDT dapatkan khidmat pemain pertahanan Brazil demi hadapi ACL

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat persiapan awal bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada musim  hadapan dengan mengikat pemain pertahanan dari Brazil, Mauricio dos Santos Nascimento.

JDT menerusi laman Facebook rasminya; Johor Southern Tigers memaklumkan pemain kelahiran Sao Paulo itu pernah beraksi dengan beberapa kelab di benua Eropah seperti Lazio, Spartak Moscow dan Sporting Lisbon.

Mauricio bakal menggantikan tempat rakan senegaranya, Marcos Antonio yang dilepaskan oleh pengurusan JDT.

Untuk rekod, Malaysia meraih satu slot automatik dan satu slot pusingan kelayakan saingan ACL 2019 menerusi ranking kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Nov 2017 yang menyaksikan Malaysia berada pada kedudukan ke-13.

JDT dipilih mengisi slot automatik setelah menjuarai Liga Super buat kali kelima berturut-turut. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.