Rentasi 20 air terjun bahaya, duo British batal misi cari pesawat MH370 di hutan Kemboja

DUA lelaki British yang mendakwa sudah menemui rangka pesawat MH370 telah memulakan misi pencarian mereka sejauh lima batu di hutan Kemboja.

Namun, mereka membuat keputusan untuk membatalkan misi itu pada minggu ini dan menyifatkan laluan tersebut sangat berisiko dan mampu meragut nyawa mereka.

Pada mulanya, dua lelaki tersebut, Ian Wilson dan Jack Wilson menggunakan laluan menerusi sempadan daerah Pursat, empat batu dari utara Phnom Aoral.

Menerusi laluan itu, mereka terpaksa merentasi 20 air terjun yang berbahaya.

Bercakap kepada pemberita tempatan, mereka mengakui tidak mampu untuk meneruskan pencarian tersebut.

“Ia perkara paling sukar pernah kami lalui. Sampai satu tahap kami sudah tak mampu teruskan.

“Ada banyak air terjun, kami keletihan menggalas beg dan sudah tidak boleh teruskan.

“Malah, kami juga mengalami kecederaan, banyak kali terjatuh dan terpaksa memanjat. Kaki rasa macam dah hancur,” ujar Jack.

Biarpun tidak dapat meneruskan misi, mereka berdua ternyata bangga dengan pencapaian mereka.

Ujarnya, bukan mudah untuk merentasi 20 air terjun dan mereka gembira kerana masih lagi terselamat.

Duo itu tiba di Kemboja pada Selasa sebelum menerap di Kampung Speu.

Mereka menjalankan pencarian itu berdasarkan laluan yang diperolehi melalui koordinasi Google.

“Selain air terjun dan laluan yang bahaya, ia juga sukar untuk kami kerana orang di sana tidak bertutur dalam bahasa Inggeris,” ujarnya lagi. – Daily Star.UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.