Nama Ronaldo Diabadikan Di Lapangan Terbang Madeira

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Madeira akan dinamakan sempena nama bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat Presiden Madeira, Miguel Albuquerque pada Jumaat.

Keputusan untuk menamakan semula lapangan terbang itu dibuat sebagai memberi penghormatan kepada Ronaldo susulan kejayaannya membantu Portugal memenangi Euro 2016.

Proses untuk menukar nama lapangan terbang itu sudah dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis kerajaan tempatan negara berkenaan pada Khamis lalu.

Terdahulu, Ronaldo menghadiri majlis pembukaan hotel miliknya, Pestana CR7 yang terletak di Funchal dengan kerjasama Kumpulan Pestana.

Hotel tersebut mula beroperasi awal bulan ini.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.