Wain ular tidak menjadi

SEORANG wanita China yang berhasrat membuat wain tradisi menggunakan ular, maut selepas dipatuk reptilia berbisa itu yang dipesan dari sebuah portal beli-belah dalam talian.

Wanita berusia 21 tahun dari wilayah utara Shaanxi itu meninggal dunia Selasa lalu, lapan hari selepas dipatuk spesies banded krait (Bungarus fasciatus), lapor agensi Xinhua.

Dia membeli ular itu daripada Zhuanzhuan, platform e-dagang dimiliki syarikat terkenal internet China, Tencent, menerusi seorang penjual di wilayah selatan Guangdong di mana reptilia berbisa itu mudah ditemui.

Ular itu dihantar syarikat penghantaran tempatan yang memaklumkan Xinhua ia tidak tahu apa di dalam kotak.

Wanita tidak dikenali itu bercadang membuat wain ubatan tradisi, kata ibunya kepada Xinhua.

Wain ular itu biasanya dibuat dengan merendam keseluruhan ular dalam alkohol menyebabkan minuman itu memberi kesan menyegarkan.

Laporan media berkata, reptilia itu berjaya melepaskan diri, namun pegawai perhutanan tempatan kemudian berkata, ia ditemui berhampiran rumah wanita terbabit.

Platform dalam talian dilarang menjual hidupan liar dan pentadbir segera menarik balik iklan seperti itu.AFP/HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.