2,000 Pelancong Thailand Ke Langkawi November Depan

LANGKAWI: Seramai 2,000 orang pelancong dari Thailand akan mengunjungi Langkawi pada November depan.

Jurucakap sebuah agensi pelancongan yang mengendalikan lawatan itu, Wong Sie Kiong berkata lawatan itu adalah hasil promosi yang diadakan bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) di Bangkok pada Ogos lepas.

Beliau berkata persiapan untuk menyediakan penginapan hotel dan pengangkutan membawa pelancong itu melawat beberapa tempat tarikan di Langkawi sedang dilakukan.

“Kira-kira 1,000 bilik penginapan hotel yang kebanyakan di sekitar pekan Kuah akan disediakan,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya tarikh lawatan masih belum ditetapkan.

Sumber Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.