Malaysia sumbang AS$2 juta kepada Palestin

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Malaysia telah menyumbang sebanyak AS$2 juta kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, sebahagian daripada bantuan berterusan daripada Malaysia untuk rakyat Palestin.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini berkata, sumbangan itu diserahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kepada Menteri Luar Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin Dr Riyad Al-Maliki dalam satu majlis ringkas di pejabat misi tetap Malaysia di New York.

“Sumbangan oleh kerajaan Malaysia kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin adalah bukti dan mengesahkan sokongan penuh Malaysia demi perjuangan dan perpaduan rakyat Palestin,” katanya.

Kedua-dua menteri berkenaan menghadiri sesi ke-66 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. – Bernama

Sumber-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.