Terbuka Jepun: Chong Wei, Kien Keat-Boon Heong mara

KUALA LUMPUR 23 Sept. – Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dipaksa berhempas pulas untuk menundukkan pemain tuan rumah, Kenchi Tago 21-23, 21-7, 21-18 sebelum melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Jepun di Tokyo hari ini.

Turut meneruskan kemaraan Malaysia ialah beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menamatkan kempen cemerlang pasangan muda senegara, Goh V Shem-Lim Khim Wah 21-16, 19-21 21-17 dalam saingan beregu lelaki. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.