Uji Bakat program realiti hiburan terbaru di TV3, Vokal…”Bukan Sekadar Rupa”

Pencarian bakat nyanyian program realiti hiburan terbaru di TV3, Vokal…Bukan Sekadar Rupa kini bermula. Sebelum bermulanya konsert mingguan pada 16 Oktober 2011, pihak produksi akan mengadakan empat sesi uji bakat yang akan berlangsung di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama pada 24 dan 25 September 2011 serta 1 dan 2 Oktober 2011 dari jam 10.00pagi hingga 5.00petang.

“Ini sebagai permulaan dan percubaan yang pertama bagi program ini. Sebab itu kami hanya akan mengadakan uji bakat di satu lokasi saja, iaitu di Semenanjung. Jika ada yang berminat, boleh datang ke Kuala Lumpur pada tarikh uji bakat yang ditetapkan. InsyaAllah, jika dapat sambutan yang baik, kami akan ke tempat mereka pula,” ujar Penerbit Eksekutif, Muhamad Suffian Che Isa ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini.

Penyertaan program Vokal…Bukan Sekadar Rupa terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 28 tahun. Peserta dikehendaki membawa lebih daripada satu ‘minus one’ untuk menyampaikan lagu-lagu semasa uji bakat. Sila layari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my untuk syarat-syarat penyertaan.

10 peserta yang berjaya melepasi sesi uji bakat akan berentap pada konsert pertama dan kedua bagi menentukan 6 peserta terbaik bermula 16 Oktober 2011. Setiap konsert mingguan akan menyingkirkan seorang peserta yang berada di kedudukan markah paling tercorot.

Format permarkahan dibahagikan kepada dua bahagaian iaitu 50% daripada juri tetap dan 50% melalui undian SMS. Juara Vokal…Bukan Sekadar Rupa akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, naib juara RM30,000 dan pemenang ketiga RM10,000.

Kepada sesiapa yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan kehebatan vokal anda di sesi uji bakat yang bertarikh 24 dan 25 September 2011 serta 1 dan 2 Oktober 2011 dari jam 10.00pagi hingga 5.00petang di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.