AGM MAYC 26 Sept. 2010 sah – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) pada 26 September 2010 sebagai sah.

Sehubungan itu katanya, jawatankuasa MAYC Kebangsaan yang dipilih pada mesyuarat tersebut perlu mengadakan AGM bagi pemilihan jawatankuasa baru sesi 2012/2014 pada Mac tahun depan.

“Selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 30(2) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) saya dengan ini menerima rayuan dan mengesahkan AGM MAYC pada 26 September 2010,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rayuan bagi mengesahkan AGM MAYC pada 26 September 2010 telah dikemukakan Presiden MAYC, Mustaffa Mat Arof.

Kemelut pemilihan pucuk pimpinan MAYC bermula apabila dua pihak bertelagah mengadakan AGM berasingan pada 31 Julai dan 26 September tahun lalu.

Sumber-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.