Bantuan RM100 diserah sebelum sesi persekolahan

SEPANG 22 Okt. – Peruntukan wang bantuan sebanyak RM100 kepada 5.8 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diserahkan melalui ibu bapa sebelum sesi persekolahan 2012 bermula.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, wang bantuan melalui Belanjawan 2012 itu akan diserahkan kepada pihak sekolah terlebih dahulu sebelum diberikan kepada ibu bapa.

“Ibu bapa akan diberikan RM100 bagi seorang pelajar, kita akan hantar wang bantuan itu ke sekolah.

“Bantuan RM100 itu akan diberikan sebelum naik sekolah dan bukannya selepas naik sekolah, selewat-lewatnya pada bulan Disember akan kita bayar wang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Nurani Rakyat: Sayangi Selangor, Yakini Barisan Nasional (BN) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, wang bantuan kepada setiap pelajar sekolah itu secara tidak langsung dapat mengurangkan beban ibu bapa menampung perbelanjaan pembelajaran.

Sumber-Utusan

One thought on “Bantuan RM100 diserah sebelum sesi persekolahan

  • 23/10/2011 at 8:37 am
    Permalink

    alhamdulillah dan terima kasih pada kerajaan BARISAN NASIONAL atas keperihatinan yang tinggi pada rakyat terutama pada yang berpendapatan rendah..cuma harapan saya sistem penyampaianya dapat dijalankan dengan baik dan tidak ada ketirisan didalam pemberian saguhati ini,iaitu hanya yang layak sahaja yang menikmatinya dan semua yang betul2 layak menikmatinya.dimasa akan datang jika dapat kerajaan dapat memberikan sesuatu yang lebih pada golongan berpendapatan rendah ini supaya nasib mereka terus terbela…terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.