Libya harus dibenarkan mengundi dalam tempoh 8 bulan

JORDAN 23 Okt. – Pemangku Perdana Menteri kerajaan sementara Libya, Mahmoud Jibril berkata semalam, negaranya harus dibenarkan untuk mengundi dalam tempoh lapan bulan bagi melantik sebuah majlis kebangsaan yang akan menggubal perlembagaan baru dan membentuk kerajaan sementara.

Selepas kematian Muammar Gaddafi pada Khamis lalu, fokus utamanya adalah untuk membuang senjata dari rakyat Libya, memulihkan kestabilan dan ketenteraman serta memulakan proses perdamaian kebangsaan, kata Jibril pada Forum Ekonomi Dunia di Jordan.

“Pilihan raya pertama sepatutnya berlaku dalam tempoh maksimum lapan bulan untuk membentuk satu kongres kebangsaan Libya.

“Kongres itu akan terdiri daripada dua tugasan iaitu menggubal perlembagaan, di mana kita akan mempunyai satu referendum dan yang kedua adalah membentuk sebuah kerajaan sementara sehingga pilihan raya presiden pertama diadakan,” tambah Jibril. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.