Guan Eng Tak Adil- Arul Kanda

Ahli korporat Arul Kanda Kandasamy menyifatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak adil dengannya apabila mengeluarkan kenyataan umum yang didakwanya memberi gambaran “tidak tepat” berkaitan apa yang berlaku.

“Pada pandangan saya, tidak adil untuk menteri membuat kenyataan terbuka, yang tidak sepenuhnya dan dengan tepat menggambarkan bagaimana soalan ditanya dan dijawab (dalam sesi taklimat 1MDB).

“Keadaan dan konteks jawapan saya tidak dinyatakan sehingga memberikan gambaran salah dan memperlihatkan saya seperti orang jahat,” katanya.

Selepas mendengar taklimat 1MDB, Lim semalam menyifatkan Arul tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

Beliau juga mendedahkan seorang pengarah 1MDB memberitahunya bahawa “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) syarikat itu adalah penipuan semata-mata.

Dalam kenyataan yang ditegaskan dibuat atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB, Arul berkata beliau menafikan “serangan peribadi” oleh Lim padanya.

Beliau juga berkata telah mendapatkan nasihat daripada peguam untuk tindakan susulan.

“Buat masa ini, seperti yang telah saya buat, saya memberikan kerjasama penuh dan terbaik setakat pengetahuan saya, terhadap siasatan 1MDB dan perkara berkaitannya yang sedang berjalan,” katanya.

Merujuk kepada sesi taklimat semalam, Arul juga berkata beliau ditanya banyak soalan dan menjawabnya dengan jujur dan terbaik.

Bagaimanapun, katanya, beliau tiudak mempunyai dokumen sokongan untuk ditunjukkan pada masa itu.

“Saya justeru itu menjawab kesemua soalan dengan terbaik, jujur berdasarkan pengetahuan saya, berdasarkan rekod syarikat, pengetahuan sendiri dan berdasarlam maklumat-makluamt uyang dibekalkan pegawai syarikat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.