Model Beri Inspirasi Pada Jutaan Orang

SEORANG model dari Brazil yang menjadi inspirasi kepada berjuta-juta orang mengenai perjuangannya melawan kanser perut menerusi media sosial, telah meninggal dunia.

Nara Almeida, 24, yang merupakan seorang blogger popular, mempunyai lebih 4.5 juta pengikut dalam media sosial dan sering memuat naik mengenai rawatan yang dilaluinya.

Dia meninggal dunia di hospital di Sao Paulo. Kematian Nara dimaklumkan oleh teman lelakinya, Pedro Rocha.

“Malangnya Nara telah meninggal dunia malam tadi, selepas bergelut dengan kanser. Saya inginkan dia selamanya namun apakan daya,” katanya.

Muatnaik oleh Rocha itu mendapat hampir 2 juta like dalam media sosial.

Nara disahkan menghidap kanser perut pada 8 Ogos tahun lepas dan sejak itu dia telah memuat naik gambar serta video mengenai peringkat rawatan yang dilaluinya.

Dalam muat naik terakhirnya pada penghujung April lalu, Nara menceritakan mengenai rawatan immunotherapy.

“Selepas banyak ujian yang dilakukan doktor telah menemui ubat yang boleh menyelamatkan saya. Kini, saya berharap ubat ini akan memberikan kesan dan menjauhkan penyakit ini selain mengakhiri penderitaan saya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.