Penyiasat MH17 minta bantuan orang ramai

mengemukakan rayuan kepada orang ramai untuk membantu siasatan insiden pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang ditembak jatuh hampir empat tahun lalu di timur Ukraine.

Pesawat itu membawa 298 penumpang, ditembak jatuh dengan peluru berpandu buatan Russia pada 17 Julai 2014 di wilayah yang dikuasai pemisah pro-Russia.

Dua pertiga daripada penumpang terdiri daripada rakyat Belanda.

Pasukan Penyiasatan Bersama, terdiri daripada pihak berkuasa Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine berkata mereka bakal mengemas kini hasil kerja tanpa mendedahkan suspek.

Lembaga Keselamatan Belanda merumuskan dalam laporan pada Oktober 2015, bahawa pesawat Boeing 777 ditembak jatuh oleh peluru berpandu Buk buatan Russia.

Semua penumpang dan anak kapal yang berasal dari 17 negara termasuk 38 orang warga Australia terbunuh.

Pendakwa raya Belanda berkata pada September 2016, bahawa 100 orang berkepentingan sudah dikenal pasti sepanjang siasatan itu.

Pada masa sama, pegawai Australia dan Malaysia berharap suspek dapat didedahkan kepada umum pada 2017.

Tuduhan masih belum dikeluarkan dan suspek cenderung untuk dibicarakan tanpa menghadirkan diri di Belanda selepas Russia menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menubuhkan tribunal antarabangsa. – Reuters

BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.