Tiada Cinta, Jaa-Eyka Cuma Jumpa Untuk Projek Duet

AKIBAT pertemuan empat mata awal Ramadan baru-baru ini, penyampaai radio ERA FM, Jaa Suzuran dilanda gosip kononnya sedang jalin cinta dengan pelakon cantik jelita, Eyka Farhana.

Namun dakwaan itu disangkal oleh Jaa sendiri kerana tujuan mereka berdua berjumpa ialah bagi berbincang tentang projek baharu bersama.

Sebelum ini, Jaa ada memaklumkan di akaun Instagramnya bahawa jika diberi peluang untuk menyanyi secara berduet, dia mahukan Eyka menjadi pasangannya.

Disebabkan itu, ramai pengikut jejaka berusia 24 tahun itu meminta agar mereka melakukan satu pertemuan khas bagi merealisasikan impiannya.

Malah, video pertemuan mereka turut mendapat sambutan hangat daripada peminat sehingga hampir ditonton sebanyak satu juta kali ketika dimuat naik pada Sabtu lalu.

“Saya akui Eyka cepat mesra walaupun kami baru saja kenal. Dia mudah diajak berbual. Selain bercerita mengenai mahu berduet bersama, kami turut bercerita mengenai perkembangan kerjaya seni masing-masing,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro.

Jaa turut berkongsi bahawa isi pertemuan mereka hanya membincangkan tentang minat bersama iaitu menyanyi.

Dalam masa yang sama, pertemuan itu kemungkinan sebahagian daripada gimik yang mereka yang bakal tampil bersama dalam satu lagu ataupun drama.

“Tidak dinafikan Eyka selain cantik, dia juga lembut. Kadang-kadang dia banyak ketawa dan situasi itu membuatkan saya tidak rasa kekok langsung dan senang sepanjang pertemuan diaturkan itu berlangsung.

“Sekiranya perkara itu berlaku, saya berasa sangat gembira kerana secara tidak langsung akan membuka peluang berada dekat dengan Eyka kerana dapat bertemu selalu untuk bekerjasama,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Jaa sebelum ini pernah dikritik oleh netizen ketika menjadi pengacara bagi menggantikan Nabil Ahmad dalam program MeleTOP sehingga dituduh sebagai hos kayu.

Mynewshub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.