Iran Tahan Tiga Orang Muda Kerana Video Piala Dunia yang Disifatkan Lucah

TEHRAN – Tiga orang, berusia dalam linkungan 23 tahun ditahan oleh polis Iran kerana dirakam dalam video online sedang menyanyi dan menari bagi menyokong pasukan bolasepak negara dalam Kejohanan Piala Dunia, lapor agensi berita rasmi IRNA.

Video itu menunjukkan beberapa orang muda, termasuk wanita yang tidak memakai tudung, sedang menyanyi dan menari bagi menyokong pasukan kebangsaan Iran, diselang seli dengan gambar perlawanan bolasepak.

iranwc1

Mereka turut mengibarkan bendera Iran dan menari dalam kereta, jalan raya, rumah dan taman awam.

Ketua polis wilayah, Kol. Rahmatollah Taheri menyifatkan video itu sebagai ‘lucah’ dan menggesa orang muda agar tidak membabitkan diri dalam kegiatan seumpama. Pegawai berkenaan berkata mereka yang ditahan itu akan dirujuk untuk kemungkinan didakwa.

Pada Mei lalu, polis menahan enam lelaki dan wanita Iran kerana menari mengikut rentak lagu Pharrell Williams, ‘Happy’ dalam video online. Mereka dibebaskan beberapa hari kemudian. – AP

iranwc3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.