Fred sah milik United

MANCHESTER United berjaya mengikat pemain Shakhtar Donetsk, Fred dengan bidaan sebanyak 52 juta pound sterling.

Fred menandatangani kontrak selama lima tahun di Old Trafford.

Pemain berusia 25 tahun itu yang kini berada di Rusia mewakili Brazil pada aksi Piala Dunia bergelut dengan kecederaan buku lali.

Dia terlepas aksi pembukaan menentang Switzerland pada Ahad.

United mengumumkan mereka telah memuktamadkan rundingan dengan Shakhtar pada 5 Jun lalu dan kini sedang berusaha untuk mendapatkan permit kerja Fred.

“Ini adalah kelab terbesar di dunia dan saya amat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

“Untuk bekerjasama dengan Mourinho merupakan satu peluang yang tidak dapat dilepaskan.

“Saya tidak sabar untuk beraksi dan bertemu rakan baharu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa saja di Shakhtar Donetsk atas segalanya sepanjang lima tahun saya berada di sana.

“Ini saat yang mengujakan untuk saya dengan tumpuan utama diberikan bersama Brazil pada kempen Piala Dunia,” katanya.-MS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.