Chong Wei ke final, Kien Keat-Boong Heong kandas

KUALA LUMPUR – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei melangkah ke perlawanan akhir untuk merakam pertemuan dengan wakil China, Chen Long setelah menumpaskan Peter Hoeg Gade pada separuh akhir Terbuka Jepun di Tokyo, semalam.

Chong Wei mengambil masa 42 minit untuk mengalahkan Gade dalam perlawanan straight set 21-13, 21-16.

Namun, nasib berbeza menimpa beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong setelah tunduk kepada pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng, 17-21, 21-19, 19-21. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.