Gnerasi muda beri PBT Sarawak nafas baru

KUCHING 24 Sept. — Kerajaan-kerajaan tempatan di Sarawak akan diberi nafas baru dengan melibatkan generasi muda, satu tindakan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula tahun depan, bagi membantu negeri itu melakukan transformasi sosial, kata Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.

Beliau berkata, proses penyusunan semula bagi memberi nafas baru jentera pentadbiran itu akan dilaksanakan sebaik sahaja rombakan Kabinet negeri yang telah lama dijangkakan itu diumumkan minggu depan.

“Beginilah seriusnya kami (kerajaan negeri) mempertimbangkan transformasi yang perlu dilakukan dan dasar sosial yang perlu dibangunkan dengan melibatkan generasi muda, yang mempunyai niat baik untuk menyumbang kepada masyarakat kita,” katanya semasa berucap pada istiadat perbarisan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-90 Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Padang Merdeka di sini.

Taib berkata, generasi muda yang mempunyai potensi kemahiran kepimpinanan terutamanya di peringkat akar umbi perlu menampilkan diri, tanpa mengira pandangan atau pembabitan politik mereka, demi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat, khususnya di Sarawak. — Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.