PAS lupa lagi?

Sekali lagi hukum hudud menarik perhatian masyarakat setempat berikutan tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu melaksanakan sepenuhnya hukuman tersebut di Kelantan yang bakal mencatat sejarah pentadbiran Negara selepas 54 tahun kita merdeka. Asas perjuangan PAS yang mahu menjadikan Kelantan sebagai Pusat pentadbiran islam dengan meletakkan hukum hudud sebagai ukurannya telah ditentang hebat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pemimpin-pemimpin PAS dalam menjayakan usaha murni mereka untuk memperjuangkan agama islam antaranya adakah mereka masih mengiktiraf DAP sebagai rakan seperjuangan selepas penentangan hebat ketuanya? Tindakan DAP ini jelas memperlihatkan kredidbilti kepimpinan PAS yang lemah apabila tunduk dengan desakan DAP, seharusnya perkara ini telah dilaksanakan bertahun yang lalu. suatu ketika dahulu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah memberi kenyataan “ kami tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak bersetuju dengan hudud”. Kenapa tidak pernah dibuktikan sehingga detik ini PAS keluar meninggalkan DAP?Saya kira PAS masih memerlukan DAP sebagai payung mereka dalam memastikan parti itu mendapat sokongan berterusan daripada masyarakat. Kalau dulu ramai pemimpin PAS mengkafirkan UMNO dan BN kenapa hari mereka masih bekerjasama dengan orang-orang yang secara jelasnya menentang agama islam?

Ini pula kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz baru-baru ini “suara-suara penentangan yang mahu menyekat pelaksanaan hudud termasuk oleh Karpal Singh tidak boleh diterima pakai kerana ia berlawanan dengan objektif pakatan pembangkang sendiri yang memperjuangkan hak kebebasan rakyat”. Kalau inilah kenyataan terkini mereka maka saya kira PAS baru terlena dari dibuai mimpi kosong. Kenapa perlu kenyataan ini ditimbulkan sekarang?kenapa tidak ditimbulkan dari awal permulaan tentangan Karpal Singh?anda nilaikanlah sendiri. Tindakan DAP jelas tidak menghormati agama islam sebagai agama rasmi, jelas mereka tidak pernah mengahrgai pemimpin islam di Malaysia yang tidak  mempertikaikan tuntutan masyarakat bukan islam sebelum ini.

Pada muktamar PAS yang diadakan tahun ini, hasil perbincangan pemimpin PAS dalam perhimpunan yang diadakan setiap itu maka terhasil satu resolusi yang antara kandungan intipatinya ialah, parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan. Hal ini memperlihatkan pendirian PAS yang  berubah-ubah dan jelas terpesong dari matlamat asal mereka. Jika kita teliti permasalahan ini, jelas terbukti bahawa Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bersetuju hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum Hudud dan hasrat parti itu menubuhkan negara Islam.

Kata kunci kepada permasalahan ini ialah sejauh manakah revelannya PAS dalam pakatan rakyat?Jika ditakdirkan PAS yang memerintah Malaysia adakah kita dijamin akan dapat menjadi sebuah Negara islam yang diiktiraf? Persoalan lain adakah pemerintahan UMNO sekarang ini tidak cukup islam di mata PAS. Isu pelaksanaan hukum hudud sangat kompleks untuk dibincangkan dalam konteks Negara Malaysia yang mempunyai pelbagai Kaum. Seharusnya PAS menyambut baik cadangan UMNO dan BN suatu ketika dahulu yang mahukan mereka bergabung bersama-sama untuk mentadbir Negara kita. Saya kira situasi PAS sekarang ini seolah-olah tali yang telah menjerut leher mereka dimana mereka pernah menyatakan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Persoalan terakhir adakah mereka pejuang islam sebenar dengan menyokong tindakan DAP. Fikir-fikirkanlah.

S.G.B

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.