15 gadis diberi dadah dan alkohol sebelum jadi ‘lauk’ 20 lelaki

KESENGSARAAN 15 gadis yang menjadi mangsa rogol berkumpulan 20 lelaki dalam beberapa kejadian berasingan akhirnya mendapat pembelaan.

Kesemua lelaki itu telah dihadapkan ke mahkamah di bandar Huddersfield bagi mencari keadilan ke atas nasib gadis-gadis malang tersebut.

Ketua kumpulan itu berhadapan 22 pertuduhan dan menerima hukuman penjara selama 18 tahun.

Ahli lain kumpulan tersebut menerima hukuman penjara antara lima hingga 18 tahun, berbeza-beza mengkikut pertuduhan masing-masing.

Menurut pendakwa raya, mereka disabitkan dengan 120 kesalahan yang dilakukan terhadap gadis-gadis tersebut yang berusia lingkungan 11 hingga 17 tahun.

Mangsa-mangsa dikatakan diberi alkohol dan dadah sebelum diperkosa di dalam kereta, di pusat permainan snooker, di restoran makanan segera, di ruangan parkir dan sewaktu berada di sebuah parti.

“Perlakuan keji ini begitu kejam dan menakutkan.

“Cara kamu memperlakukan remaja-remaja itu perlu kami fahami secara mendalam,” ujar pendakwa raya yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai tidak masuk akal.-WSMV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.