Amy Search Bakal Jadi Ayah Lagi

Amy dan isteri, Norish sewaktu menakluk gunung di Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal. – Foto instagram Amy

KUALA LUMPUR: Lagenda rock, Amy Search bakal menimang seorang lagi cahaya mata selepas isterinya, Norish Hassan disahkan hamil.

Amy atau nama penuhnya, Suhaimi Abdul Rahman mengumumkan berita gembira itu di Instagram.

Amy meluahkan rasa syukur apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun termakbul.

“Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi.

“Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander,” luahnya dalam entri berkenaan.

GAMBAR video isteri Amy Search, Norish Hassan menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan kandungannya. – Foto Instagram Amy Search
KOLEKSI baju Amy Search di Instagram beliau.

Vokalis kumpulan Search itu memuatnaik video Norish menjalani pemeriksaan doktor bagi mengesahkan kandungan itu.

Amy turut berkongsi video menunjukkan dua batang alat uji kehamilan menunjukkan tanda positif di Instagram, sebentar tadi.

Amy dan Norish mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9.-BH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.